>>Dasar Privasi Pelanggan

Segala jenis pendaftaran atau transaksi adalah tertakluk kepada Dasar Privasi seperti berikut:

Kandungan:

1.0       Pengenalan

2.0       Apakah jenis data peribadi anda yang kami kumpul?

3.0       Bagaimanakah cara kami kumpulkan data peribadi anda?

4.0       Bagaimanakah cara data peribadi anda dikumpulkan daripada laman web kami?

5.0       Untuk apakah kami gunakan data peribadi anda?

6.0       Mencapai/ menghadkan/ membetulkan/ mengemaskini mengemaskini data peribadi anda

7.0       Persetujuan

8.0       Kepada siapakah kami dedahkan data peribadi anda?

9.0       Berapa lamakah tempoh penyimpanan data peribadi anda?

10.0     Pemberitahuan perubahan

11.0     Hubungi kami

 

1.0       Pengenalan

1.1           Dzaf Services menitikberatkan soal perlindungan Data Peribadi anda dan meletakkan soal perlindungan maklumat kerahsiaan anda pada tahap tertinggi.

1.2           Dasar Kerahsiaan ini menerangkan terma-terma umum tentang bagaimana cara kami melindungi kerahsiaan Data Peribadi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”). Sila ambil perhatian bahawa Dasar Kerahsiaan ini diseragamkan dengan prinsip umum kerahsiaan data di dalam kebanyakan bidang kuasa, walaupun mungkin terdapat sedikit perbezaan selaras dengan keperluan tempatan.

 

2.0       Apakah Jenis Data Peribadi Yang Kami Kumpul?

2.1           Jenis-jenis Data Peribadi yang kami kumpulkan secara terus daripada anda atau daripada pihak ketiga adalah tertakluk kepada keadaan pengumpulan dan jenis perkhidmatan yang dipohon atau transaksi yang dilakukan.  Ini mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

1.              Maklumat peribadi yang mempunyai pautan dengan seseorang individu, contohnya, nama, jantina, tarikh lahir, paspot dan lain-lain nombor pengenalan diri.

2.              Maklumat untuk dihubungi, contohnya, alamat, nombor telefon dan alamat email.

3.              Maklumat teknikal, contohnya, alamat IP.

4.              Data statistik, contohnya, jumlah kilo yang terkumpul, jenis barang, jumlah tempahan terkumpul dan jumlah hit ke laman web. 

 

3.0       Bagaimanakah Cara Kami Kumpulkan Data Peribadi Anda?

3.1           Dasar Kerahsiaan ini merangkumi mana-mana Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami:

1.             Apabila membuat penempahan barang atau kilo dengan kami, datang hantar barang, pickup barang atau pos ke pusat pengumpulan barang.

2.             Melalui pihak ketiga, iaitu ejen pelajar atau persatuan pelajar.

3.2           Cara-cara lain yang mungkin kami gunakan untuk mengumpul Data Peribadi termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

1.             Apabila kami berkomunikasi dengan anda melalui telefon, surat, faks dan e-mel.

2.             Apabila anda melawat laman web kami.

3.             Apabila anda menghubungi kami.

4.             Apabila kami menghubungi anda.

5.             Apabila kami mengumpul maklumat tentang anda daripada pihak ketiga.

6.             Apabila anda memilih untuk berinteraksi dengan kami melalui media sosial atau aplikasi interaktif termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa seperti Facebook atau Twitter, Instagram dan lain-lain

7.             Daripada sumber-sumber awam.

8.             Perkhidmatan mudah-alih.

9.             Saluran-saluran lain termasuk melalui hebahan mulut ke mulet atau pemasaran secara dalam talian dan luar talian.

 

4.0       Bagaimanakah Cara Data Peribadi Anda Dikumpulkan Daripada Laman Web Kami?

4.1           Alamat IP

Kami menggunakan alamat  IP pengunjung untuk membantu mengenal pasti masalah berkaitan pelayan (server) kami dan untuk mentadbir laman web kami.  Alamat IP pengunjung juga digunakan untuk membantu mengenal pasti maklumat keahlian dan mengumpul maklumat demografi yang lebih luas.

4.2           Borang Maklum Balas Pelanggan

Borang Maklum Balas Pelanggan kami memerlukan anda memberikan butir-butir maklumat (contoh, nama dan alamat e-mail) bagi membolehkan kami memberi respon kepada komen anda. Kami menggunakan butir-butir  yang diisi di dalam borang pendaftaran untuk menghantar kepada anda mengenai maklumat syarikat kami. Jika perlu, kami akan menggunakan maklumat yang diberikan, untuk kami berhubung dengan anda. Data demografi dan profil pengunjung juga dikumpul di laman web kami.  Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk menyesuaikan pengalaman anda di laman web kami, dengan menunjukkan kandungan yang mungkin memenuhi minat dan mengikut pilihan anda.

4.3           Maklumat Tentang Cookies

“Cookies” adalah satu elemen data yang boleh dihantar oleh sesebuah laman web kepada penyemak imbas (“browser”) anda dan kemudiannya disimpan dalam sistem anda.  Kami menggunakan cookies dalam beberapa halaman dalam laman web kami untuk menyimpan pilihan pengunjung dan rekod maklumat sesi kunjungan. Maklumat yang kami kumpulkan kemudiannya akan digunakan untuk memastikan tahap perkhidmatan yang lebih peribadi untuk pengguna kami. Anda boleh menyelaraskan tetapan (“adjust settings”) pada penyemak imbas anda sendiri supaya anda akan dimaklumkan apabila menerima cookies. Sila rujuk kepada dokumentasi penyemak imbas anda untuk memastikan cookies telah diaktifkan pada komputer atau membuat pilihan untuk tidak menerima cookies.

 

5.0       Untuk Apakah Kami Gunakan Data Peribadi Anda?

5.1           Data Peribadi anda berkemungkinan digunakan untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan”):

1.             Untuk menyediakan dan melaksanakan perkhidmatan kepada anda.

2.             Untuk memudahkan urusan tempahan anda (contoh, membuat pesanan barang) dan urusan penghantaran barang.

3.             Untuk menyediakan khidmat pesanan ringkas berkaitan maklumat semasa.

4.             Untuk memudahkan penyertaan anda dalam program kesetiaan Dzaf Services - #BFFDzaf dan pihak ketiga.

5.             Untuk menghantar maklumat promosi dan maklumat berkaitan dengan produk dan aktiviti syarikat, tawaran atau pemberitahuan berkaitan dengan status penghantaran barang anda.

6.             Untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan anda sendiri atau pelanggan lain.

7.             Untuk menyiasat dan memberi jawapan tentang tuntutan anda.

8.             Untuk mematuhi mana-mana undang-undang atau peraturan.

9.             Untuk memberi peringatan kepada anda untuk melengkapkan penempahan anda atau menawarkan bantuan (sekiranya, contoh, kegagalan untuk melengkapkan penempahan yang disebabkan oleh masalah teknikal).  Ini adalah perkhidmatan sampingan.  Anda boleh memilih untuk tidak menerima email ini pada bila-bila masa dengan mengikuti pautan yang disediakan di bahagian akhiran setiap email.

10.           Untuk memberikan perkhidmatan lain yang menepati kehendak dan pilihan anda (yang mana mungkin kami kumpulkan semasa kami berinteraksi dengan anda).

11.           Sebagai alat pemasaran dan juga untuk berkomunikasi dengan anda berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dzaf Services samada perkhidmatan #KargoDzaf, #KedaiDzaf atau #BFFDzaf dan rakan-rakan perkhidmatan lain atau mana-mana agen yang dilantik.

12.           Untuk menghubungi anda bagi memaklumkan tentang produk atau tinjauan tentang tahap kepuasan pelanggan dan kaji selidik pasaran.

13.           Untuk menganalisa statistik bagi tujuan memahami profil pelanggan dan bagi tujuan memperbaiki perkhidmatan Dzaf Services kepada anda.

14.           Untuk tujuan sampingan dan lain-lain tujuan seperti di atas.

 

6.0       Mencapai/Menghadkan/Membetulkan/Mengemaskini Data Peribadi Anda

6.1           Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang Data Peribadi anda, menghadkan pemprosesan, mengemaskini atau meminda Data Peribadi anda seperti berikut:

1.              Untuk pelanggan berdaftar di dalam talian, anda boleh log masuk ke akaun di dalam talian dzafstore.com/login dan mengemaskini Data Peribadi anda.

2.              Bagi setiap pelanggan yang lain, anda boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar email kepada dzafservices@gmail.com

6.2           Sila ambil perhatian bahawa bergantung kepada maklumat yang diminta dan jika dibenarkan oleh undang undang, fi pentadbiran yang nominal mungkin dikenakan. Kami akan memberikan semula maklumat dengan keadaan yang lebih praktikal.; walau bagaimanapun, kami juga berhak untuk mengesahkan kesahihan setiap permohonan.  Kami mungkin boleh memilih untuk tidak menerima permohonan mengakses data di dalam keadaan seperti termaktub di dalam undang undang (di bawah Seksyen 31 APDP).

6.3           Kami tidak menjamin 100% keselamatan data peribadi anda. Jika terdapat kebocoran maklumat, kecurian atau digodam adalah diluar dari bidang kuasa kami. Walaubagaimanapun kami akan sedaya upaya melindungi data peribadi anda tersebut. Kami juga berhak memadam, menggantung atau melupuskan tanpa pengetahuan anda.

 

7.0       Persetujuan

7.1           Di dalam keadaan di mana Dzaf Services menyediakan perkhidmatan seperti membuat penempahan barang, kilo kargo, menghantar khidmat pesanan ringkas atau penerimaan pilihan untuk perkhidmatan, Data Peribadi anda akan, secara semulajadi digunakan bagi menyempurnakan tugasan atau transaksi tersebut bagi pelanggan-pelanggan dan pengguna-pengguna perkhidmatan Dzaf Services. Dalam hal demikian, persetujuan semestinya tersirat dari anda bahawa mereka bersetuju untuk memberikan Data Peribadi agar Dzaf Services boleh menyediakan perkhidmatan dan atau produk yang diminta atau diperlukan untuk mereka.

7.2           Sekiranya seseorang yang lain membuat penempahan bagi pihak anda, anda telah dianggap telah bersetuju dan perlu memastikan bahawa kebenaran telah diberikan untuk Data Peribadi anda digunakan dan persetujuan kepada terma dan syarat Dasar Kerahsiaan ini.

7.3           Sila ambil perhatian bahawa Data Peribadi anda perlu diproses. Jika tidak, kami tidak dapat menyempurnakan urusan penghantaran anda dan memaklumkan tentang perkembangan terkini tentang syarikat dan perkembangan terbaru dan/ atau penambahbaikan perkhidmatan dan produk.

7.4           Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk tidak menerima aktiviti promosi dengan:

1.              Menamatkan langganan daripada senarai mel.

2.              Menukar tetapan akaun (“account settings”) yang berkaitan dengan penamatan langganan.

3.              Menghantar permohonan kepada dzafservices@gmail.com.

 

8.0       Kepada Siapakah Kami Dedahkan Data Peribadi Anda?

8.1           Kami tidak akan memperdagangkan atau menjual Data Peribadi anda kepada pihak ketiga. Data Peribadi anda hanya akan didedahkan atau dipindahkan kepada pihak ketiga yang berada di dalam atau di luar Malaysia, sebagai memenuhi syarat Tujuan seperti berikut:

1.              Pembekal perkhidmatan perjalanan udara dan kargo ataupun perniagaan yang berkaitan.

4.              Kakitangan keselamatan.

5.              Anak-anak syarikat atau sekutu Dzaf Services dan pihak lain yang mempunyai kontrak dengan Dzaf Services.

7.              Badan undang-undang yang dibenarkan atau selaras dengan peruntukan undang-undang, sebagai mematuhi suatu waran atau sepina yang dikeluarkan oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.

8.              Kastam, imigresen atau pihak berkuasa yang berkaitan dengan anda.

9.              Kontraktor-kontraktor, pembekal perkhidmatan, konsultan-konsultan, juruaudit yang terlibat untuk keperluan mengetahui.

8.2           Selain daripada itu, data peribadi anda juga boleh dinyatakan atau dipindah milik kepada mana-mana pegawai pemegang harta sebenar dan berpotensi, penerima pindahmilik atau pengambilalih (dalam atau di luar Malaysia) Dzaf Services (termasuk sekutu dan anak syarikat) atau mana-mana syarikat-syarikat perniagaan, aset yang berhubung dengan penstrukturan semula untuk memindahkan perniagaan , aset dan/atau liabiliti.

8.3           Dzaf Services akan mengambil langkah-langkah praktikal untuk memastikan bahawa para perkeja, pegawai, ejen, perunding, kontraktor dan pihak ketiga yang lain yang disebutkan di atas yang terlibat dalam pengumpulan, penggunaan and dan pendedahan data peribadi akan mematuhi Dasar Kerahsiaan Pelanggan.

 

9.0       Berapa Lamakah Tempoh Penyimpanan Data Peribadi Anda?

9.1           Kami tidak akan menyimpan Data Peribadi anda lebih dari tempoh yang dibenarkan untuk memenuhi Tujuan. Walau bagaimanapun, Data Peribadi yang berkaitan akan disimpan, tertakluk kepada syarat syarat dibawah:

1.              Apabila diperlukan atas urusan undang undang. Apabila wujud tindakan undang undang dan masih tertangguh.

2.              Untuk tujuan komersial/ operasi Dzaf Services.

9.2           Dzaf Services akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan semua Data Peribadi dimusnahkan atau dipadamkan apabila tidak diperlukan lagi bagi Tujuan tersebut di atas.

 

10.0     Pemberitahuan perubahan

10.1        Sila ambil perhatian bahawa Dasar Kerahsiaan ini boleh berubah dari semasa ke semasa selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan; dan perubahan tersebut mungkin ada kaitan dengan  anda.  Versi terbaru Dasar Kerahsiaan ini akan disediakan untuk semua pelanggan.

10.2        Sila rujuk kepada laman web kami dari semasa ke semasa untuk mengemas kini Dasar Kerahsiaan.

 

11.0     Hubungi kami

11.1        Untuk sebarang pertanyaan, kemusykilan atau aduan berkenaan Data Peribadi anda atau Dasar Perlindungan Data Peribadi Malaysia Airlines, sila hubungi kami di dzafservices@gmail.com, +601123448835, +60196964123.

 

Tarikh dan masa kemaskini: 28 Disember 2016 - 2250hrs GMT: +0800 Malaysia